Monday 24 March 2014

Bursary Pelajar Cemerlang SPM 2013

Bursary Pelajar Cemerlang SPM 2013

Sponsor : Kementerian Pendidikan Malaysia
Fund Type : Scholarship
Target Recipient : Pre-University / Foundation / Matriculation / A-Level
Sponsor Contact :
E-mailbt.bursary@moe.gov.my
Facebook:
Website: http://www.moe.gov.my/
Contact No03-8321 7086


Bursary Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah merupakan penajaan di peringkat persediaan sebelum pelajar melanjutkan pengajian Ijazah Pertama dalam pelbagai bidang di universiti sama ada di dalam atau luar negara.
Bursary KPM ditawarkan secara automatik kepada pelajar-pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2013 yang mendapat keputusan cemerlang 9A+ dan ke atas bagi mengikuti pengajian peringkat persediaan di dalam negara sahaja.
Syarat-Syarat Umum
  • Mendapat 9A+ dan ke atas dalam peperiksaan SPM Tahun 2013;
  • Warganegara Malaysia; dan
  • Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2013.
Syarat-Syarat Khusus
Mengikuti salah satu program persediaan yang ditetapkan berikut:
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
  • Matrikulasi
  • Asasi di IPTA
  • International Baccalaureate
  • A-Level
Mengikuti pengajian peringkat persediaan di Institusi Persediaan dalam negara yang telah ditetapkan oleh KPM sahaja.

Cara - Cara Permohonan

Sistem applikasi online Bursary Pelajar Cemerlang Lepasan SPM 2013 KPM Ambilan 2014 telah dibuka di portal KPM. Untuk keterangan lanjut sila ke http://apps.moe.gov.my/bursaryspm/

 button_applynow