Friday, 15 November 2013

Seminar Percuma :: Anjuran Dana KCM Dengan usahasama KCM Examtips dan Kelas Tuisyen Cikgu Mariyam

Seminar percuma ini diadakan di sekolah-sekolah terpilih di seluruh Malaysia termasuk SK, SMK, SMKA, SMJK, MRSM & SBP. Seminar ini meliputi pelbagai aspek pengajaran dan pembelajaran termasuklah kemahiran berfikir aras tinggi, Effectif Studying Skills (ESS®), subjek-subjek teras dan pencegahan jenayah disekolah.

Thursday, 14 November 2013

DANA KCM & PLKN



Hari Kerjaya di Sekolah Menengah Untuk Pelajar SPM

Pihak Dana KCM telah mengadakan program Hari Kerjaya di beberapa buah sekolah seluruh malaysia. Program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar maklumat berkaitan bidang pekerjaan dan kursus yang mereka harus mereka ambil untuk menyambungkan pelajaran mereka.

Seminar Minda Kental Untuk Pelajar PMR & SPM (Tajaan Touch 'n GO dengan kerjasama Dana KCM)

NUKILAN BUAT GENERASI MUDA


Di kejauhan hiruk piruk kota ini
Gergasi dermawan itu 
memandang wajah anak-anak bangsa 
dengan penuh kasih dan sayang
Lalu ditiupkan semangat perjuangan 
dalam jiwa mereka
Moga takdir kalian semua 
tertulis kisah kejayaan gemilang
Yang ada bakal pergi jua
Tinggallah anak-anak bangsa 
menjunjung amanah seterusnya

Semoga berjaya dalam peperiksaan 
PMR dan SPM anda…

Seminar SPM Untuk Subjek BM & Sejarah Di IUMW


SMK Agama Slim River - Sekolah Angkat Dana KCM


Sumbangan sebanyak RM 2,000 telah diberikan kepada SMKA Slim River untuk tujuan pembangunan fasiliti sekolah. Majlis ini dihadiri sendiri oleh pengetua Tuan Haji Mohd Arifine Bin Daud dan penyampaian ini dilakukan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Dana KCM Dr Mohamed Nazim Bin Adbul Rahman. 



SEJARAH DAN LATAR BELAKANG SEKOLAH



Idea penubuhan SMK Agama Slim River dicetuskan oleh Ustaz Mahyuddin Bin Musa, seorang Ketua Pengarah Pendidikan Islam di Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1975/76. Sekolah yang terletak di tepi Lebuhraya Slim River-Kuala Lumpur ini mula dibina pada tahun 1991 berkonsepkan sekolah berasrama penuh berteraskan penghayatan Islam sebagai cara hidup. Kecemerlangan sekolah ini terserlah apabila pernah dinobatkan sebagai Sekolah Cemerlang, pelajarnya juga pernah mewakili Malaysia dalam Pertandingan Catur Remaja ASEAN dan pernah merangkul pingat emas dalam Kejohanan Catur Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia. SMKA Slim River kini ditadbir oleh 3 orang penolong kanan, 54 guru dan 17 staf sokongan yang komited dan berdedikasi tinggi.

Wednesday, 13 November 2013

Bengkel Pintar Bahasa Inggeris (Tajaan MRCB dengan kerjasama Dana KCM)

Sekolah Kebangsaan Indera Shahbandar


Seminar Bersama Guru SMK Agama Slim River (Team Building)



Majlis Pelancaran Majalah Dana KCM - Johor

Tarikh : 18 Oktober 2013
Masa : 9.00 Pagi
Tempat  : Hotel Aman Sari City Centre
Disempurnakan oleh : EN ABDUL AZIZ BIN HAJI REDWAN (Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Johor)

Majlis Pelancaran Majalah Dana KCM - Negeri Sembilan

Tarikh : 17 Oktober 2013
Masa : 8.00 Pagi
Tempat  : Manipal International University
Disempurnakan oleh : TUAN HAJI AMIR SHARIFFUDUN BIN AHMAD (Ketua Sektor Pengurusan  Pembangunan Kemanusiaan)