Showing posts with label Sumbangan Pemantapan Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Sumbangan Pemantapan Sekolah. Show all posts

Thursday, 5 December 2013

Terima Kasih SMK Bukit Sentosa 2


Dengan adanya DANA KCM, anda bukan sahaja diberikan bantuan kewangan, malah anda turut akan diberikan sesi kaunseling dalam memilih universiti atau kolej dan bantuan dalam menentukan kursus terbaik untuk anda. Namun tiada paksaan dalam pilihan institusi atau bidang dan segala keputusan muktamad adalah dari pelajar. Jangan buang masa anda lagi, mohon DANA KCM dan kami bantu anda untuk mencorak masa depan anda.

* Pihak Dana KCM tidak melantik wakil daripada mana - mana individu, kolej atau universiti untuk memberikan dana tersebut. Dana KCM hanya akan diberi sekiranya pelajar - pelajar mendaftar ke mana - mana institusi pengajian melalui Dana KCM.

Thursday, 14 November 2013

SMK Agama Slim River - Sekolah Angkat Dana KCM


Sumbangan sebanyak RM 2,000 telah diberikan kepada SMKA Slim River untuk tujuan pembangunan fasiliti sekolah. Majlis ini dihadiri sendiri oleh pengetua Tuan Haji Mohd Arifine Bin Daud dan penyampaian ini dilakukan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Dana KCM Dr Mohamed Nazim Bin Adbul Rahman. 



SEJARAH DAN LATAR BELAKANG SEKOLAH



Idea penubuhan SMK Agama Slim River dicetuskan oleh Ustaz Mahyuddin Bin Musa, seorang Ketua Pengarah Pendidikan Islam di Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1975/76. Sekolah yang terletak di tepi Lebuhraya Slim River-Kuala Lumpur ini mula dibina pada tahun 1991 berkonsepkan sekolah berasrama penuh berteraskan penghayatan Islam sebagai cara hidup. Kecemerlangan sekolah ini terserlah apabila pernah dinobatkan sebagai Sekolah Cemerlang, pelajarnya juga pernah mewakili Malaysia dalam Pertandingan Catur Remaja ASEAN dan pernah merangkul pingat emas dalam Kejohanan Catur Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia. SMKA Slim River kini ditadbir oleh 3 orang penolong kanan, 54 guru dan 17 staf sokongan yang komited dan berdedikasi tinggi.