Monday, 11 November 2013

Berita Harian - Dana RM25j bantu pelajar

Kelas Tuisyen Cikgu Mariyam beri peluang lepasan SPM ke IPTS


Georgetown: Kelas Tuisyen Cikgu Mariyam (KCM) memperuntukkan RM25 juta untuk membantu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) melanjutkan pengajian tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Mohd Nazim Abd Rahman, berkata dana yang akan diberikan kepada pelajar terbabit adalah pemberian terus untuk membolehkan kelompok berkenaan meneruskan pengajian di mana-mana institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Tahun lalu, katanya, KCM menyalurkan bantuan wang permulaan kepada 800 pelajar membabitkan nilai keseluruhan RM200,000 bagi menyediakan keperluan menyambung apa juga bidang pengajian.

Artikel Penuh: Berita Harian Online