Monday 11 November 2013

DANA KCM


PENGENALAN

Dana KCM ditubuhkan pada tahun 2010. Pada awalnya, Dana KCM ini wujud dengan tidak dirancang langsung. Beberapa dermawan yang berhati mulia dan tidak mahu dikenali mula menyumbang sedikit wang untuk pelajar - pelajar Kelas Tuisyen Cikgu Mariyam yang ingin melanjutkan pelajaran mereka selepas SPM. Selepas sesi perbincangan dengan pihak pengurusan KCM, maka dana tersebut dibentuk untuk membantu pelajar-pelajar lepasan SPM yang terpaksa masuk ke institusi swasta. Maklumlah, institusi awam (kerajaan) memang tidak mampu untuk menampung semua pelajar lepasan SPM


KENAPA DANA KCM?

Membantu pelajar - pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pelajaran mereka di mana-mana institusi swasta yang bertaraf kolej, universiti kolej, universiti ataupun pusat kemahiran (SKM),
  1. Membantu mengurangkan beban ibu bapa yang ingin memasukkan anak-anak mereka ke institusi pengajian tinggi.
  2. Melahirkan lebih ramai golongan terpelajar dan berkemahiran,
  3. Membantu Negara mencapai wawasannya iaitu melahirkan tenaga kerja kental dan berwibawa serta berpendidikan tinggi.
  4. Membantu pelajar untuk memilih kursus dan institusi yang sesuai (sebagai media kaunseling).


SIAPA YANG LAYAK ?

  1. Pelajar lepasan SPM (tidak kira tahun peperiksaan SPM yang diambil)
  2. Lulus ataupun tidak lulus langsung dalam SPM
  3. Pelajar lepasan PMR (untuk kursus Sijil Kemahiran)
  4. Mendapat tawaran belajar di mana-mana institusi swasta melalui Dana KCM***
  5. Pelajar-pelajar yang sudah mendapat surat tawaran terlebih dahulu daripada institusi, TIDAK LAYAK mendapat DANA KCM.
  6. Pelajar- pelajar yang menamatkan pelajaran mereka dari sebuah institusi dan ingin melanjutkan pelajaran mereka di institusi lain.
  7. Kakitangan - kakitangan kerajaan dan swasta yang ingin belajar separuh masa / sepenuh masa.



SYARAT-SYARAT

Semua pelajar akan diberikan wang tunai sumbangan daripada Dana KCM tidak kira miskin ataupun kaya, lulus atau gagal. Kelayakan utama untuk Dana KCM ialah keinginan untuk melanjutkan pelajaran ke mana- mana institusi swasta.


***Permohonana melalui Dana KCM bermaksud Pihak Pengurusan DANA KCM yang akan menghantar Borang Permohonan Kemasukan ke institusi pilihan pelajar. Ini bermaksud pelajar tidak perlu menghantar secara sendiri. Hanya emelkan Borang Kemasukan Institusi pilihan ke borang@danakcm.my ataupun poskan ke alamat Dana KCM, Lot 17 & 19, Tingkat 6, The Boulevard Office, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur.