Tuesday, 19 November 2013

Memilih universiti yang sesuai untuk anda


Apakah faktor-faktor utama yang perlu dipertimbangkan apabila membuat keputusan berkenaan universiti atau kolej yang baik untuk kita?
Artikel ini menyediakan anda dengan gambaran ringkas tentang perkara penting yang anda perlu fikir sebelum membuat keputusan untuk memilih universiti atau kolej.



Membuat keputusan dalam memilih universiti atau kolej untuk meneruskan pengajian adalah pilihan yang sangat penting dan akan memberi kesan yang besar terhadap masa depan anda. Oleh itu, adalah sangat penting untuk anda mengambil masa bagi menyelidikan dengan teliti semua universiti atau yang anda minati sebelum anda membuat keputusan.

Untuk membantu anda membuat keputusan dengana lebih mudah, kami telah kemukakan faktor utama yang perlu dipertimbangkan apabila memilih universiti atau kolej. Tidak semua faktor anda perlu ikut tetapi mungkin ada beberapa yang penting untuk anda (bergantung kepada keutamaan anda), dan anda mungkin mempunyai faktor-faktor lain yang mungkin ingin mempertimbangkan. Senarai ini, bagaimanapun, boleh digunakan sebagai panduan untuk membantu anda menentukan universiti atau kolej yang sesuai untuk anda.

1) Reputasi akademik dan kedudukan keseluruhan
Terdapat banyak universiti atau kolej di seluruh dunia dan setiap satu mempunyai reputasi akademik dan kriteria lain. Di dunia yang seba  moden ini, anda boleh mencari dalam talian (online) untuk mengetahui kedudukan reputasi akademik sesebuah universiti atau kolej dan anda boleh bandingkan antara satu sama yang lain.

2) Menyediakan tempat tinggal untuk pelajar
Jika universiti atau kolej yang anda pilih tidak berada jauh dari rumah anda, anda perlu untuk menyelidik dan memastikan sama ada universiti atau kolej tersebut menyediakan tempat tinggal ataupun terdapat rumah yang selsesa untuk disewa disekitarnya.

3) Yuran yang berpatutan
Semak yuran setiap universiti dan kolej yang anda minati untuk memastikan bahawa yuran yang dikenakan adalah dalam lingkungan harga anda, dan lihat bagaimana mereka berbanding dengan universiti-universiti lain.

4) Memberi bantuan dalam merancang kerjaya
Mengetahui jika universiti yang sedang anda pertimbangkan menawarankan sesi kaunseling kerjaya, khidmat nasihat dan bantuan serta menganjurkan latihan industri (Practical Training), lawatan syarikat dan pameran kerjaya.

5) Aktiviti kampus dan ehidupan pelajar
Kehidupan sebagai pelajar bukan sahaja pergi ke kelas dan belajar malah, lebih dari itu. Sila pastikan universiti atau kolej yang anda sedang pertimbangkan mempunyai kelab aktiviti pelajar, persatuan dan pertubuhan, sukan dan lain-lain aktiviti kurikulum tambahan.

6) Menawarkan kursus dan ijazah
Ketika anda berada di dalam pengajian diploma (contohnya) sudah tendu anda ingin melanjutkan pelajaran anda ke peringkat degree. Oleh sebab itu, pastikan universiti atau kolej yang anda pilih itu menawarkan peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang yang anda mahu.

7) Bantuan kewangan dan biasiswa
Walaupun anda tidak memerlukan bantuan kewangan atau biasiswa untuk melanjutkan pelajaran, adalah lebih baik jika anda mengambil tahu jenis bantuan kewangan atau biasiswa yang disediakan oleh pihak universiti atau kolej untuk anda dan mungkin anda layak untuk memohon. Dengan itu, ia dapat meringankan beban kewangan anda.

8) Terdapat kawan atau kenalan yang belajar disana
Walaupun ini tidak merupakan pertimbangan utama, tetapi jika anda mempunyai rakan atau kenalan yang sedang belajar di universiti atau kolej yang anda minati, ia membolehkan anda untuk lebih mudah menyesuaikan diri dengan kehidupan akademik dan sosial disana. Anda juga boleh mengetahui lebih lanjut mengenai universiti atau kolej sebelum pergi ke sana.

9) Lokasi dan kemudahan yang baik
Pastikan bahawa universiti yang anda pilih terletak di lokasi yang baik dan selamat. Ambil masa untuk melawat kampus dan kawasan sekitarnya untuk melihat jika mereka menyediakan kemudahan dan persekitaran yang anda cari.

10) Reputasi di kalangan majikan, ibu bapa, dan rakan-rakan
Salah satu cara terbaik untuk mengenali universiti atau kolej yang anda minati adalah berbincang dengan seseorang mengenainya. Bercakap dengan ibu bapa atau rakan-rakan (cuba untuk mencari orang yang telah belajar universiti atau kolej tersebut) dan jika anda berbincang dengan orang yang betul, sudah pasti mereka akan memberi pendapat atau gambaran yang tepat mengenai universiti atau kolej yang anda minati.


Sila ambil masa dalam membuat keputusan dalam memilih universiti atau kolej kerana ia melibatkan masa depan anda. Dengan adanya DANA KCM anda bukan sahaja diberi bantuan kewangan, malah anda turut akan diberi sesi kaunseling dalam memilih universiti atau kolej dan bantuan dalam menentukan kursus terbaik untuk anda. Jangan buang masa lagi, mohon DANA KCM dan kami bantu anda mencorak masa depan anda.