Wednesday 20 November 2013

Seminar Percuma Anjuran Dana KCM


Seminar PERCUMA ini telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Cheras Jaya (SKCJ). Seminar ini telah disertai oleh hampir 300 pelajar UPSR SKCJ. Penceramah khas subjek Bahasa Inggeris En Krsnaa Danbahadur, dipilih untuk menjalan seminar di sekolah tersebut. Guru - guru panitia Bahasa Inggeris SKCJ turut terlibat dalam sesi seminar pada hari tersebut. Rata-rata pelajar amat berpuas hati dengan sesi seminar ini. Dana KCM juga berharap agar pelajar - pelajar mendapat faedah daripada usaha ini.





Dengan adanya DANA KCM anda bukan sahaja diberi bantuan kewangan, malah anda turut akan diberi sesi kaunseling dalam memilih universiti atau kolej dan bantuan dalam menentukan kursus terbaik untuk anda. Jangan buang masa lagi, mohon DANA KCM dan kami bantu anda mencorak masa depan anda.

* Pihak Dana KCM tidak melantik wakil daripada mana - mana individu, kolej atau universiti untuk memberikan dana tersebut. Dana KCM hanya akan diberi sekiranya pelajar - pelajar mendaftar ke mana - mana institusi pengajian melalui Dana KCM.