Monday 11 November 2013

UTUSAN 23/9/2014 - Dana KCM Bantu Pelajar Lanjut Pengajian


BAGI memenuhi impian murid menyambung pembelajaran ke peringkat pengajian tinggi, sebuah syarikat bumiputera, KCM memperkenalkan dana khas bertujuan membantu murid lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di bawah program Dana KCM.
Pegawai Ketua Eksekutif Dana KCM, Dr. Nazim Abdul Rahman berkata, atas keprihatinan pihaknya, Dana KCM diperkenalkan untuk menyalurkan wang pendahuluan belajar secara percuma kepada murid yang layak.
Menurutnya, dana yang diperkenalkan sejak 2010 itu membolehkan murid mengemukakan permohonan secara atas talian tanpa perlu melalui prosedur permohonan yang kompleks dan syarat-syarat yang ketat.
"Pemohon yang berjaya akan menerima bantuan wang pendahuluan belajar dalam lingkungan RM100 hingga RM10,000 secara percuma tanpa perlu membayar balik atau terikat dengan mana-mana pihak termasuk Dana KCM sendiri," katanya dalam kenyataan akhbar di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd