Tuesday 19 November 2013

Hadiah Anak Masuk Universiti


Memberi hadiah RM 1,000 kepada anak Selangor yang mendapat tawaran ke universiti.
Faedah Perlaksanaan:
 Memberi bantuan kewangan kepada anak-anak Selangor daripada keluarga berpendapatan RM 1,500 ke bawah yang diterima masuk ke IPTA / IPTS yang diiktiraf kerajaan dengan mengikuti pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.

Prosedur Permohonan:
 i. Permohonan adalah terbuka kepada semua “Anak Selangor”
 ii. Permohonan hanya terbuka kepada pelajar yang sudah mendaftar diri untuk memasuki Tahun/Semester Pertama bagi sesi pengajian Julai dan Disember bagi pengajian secara sepenuh masa.
 iii. Hadiah hanya layak kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan RM 1,500 ke bawah.
 iv. Borong permohonan boleh diperoleh melalui:

a. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Tingkat 3, Bangunan SSAAS, 40000 Shah Alam, Selangor
 b. Laman web rasmi Negeri Selangor di www.selangor.gov.my. Sila klik di SINI untuk terus mendapatkan borang permohonan.
 c. Pejabat Pentadbiran Hal Ehwal Pelajar (HEP) / Pusat Pemajuan Pelajar di IPT masing-masing
 d. Pejabat Daerah dan Pejabat Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Negeri Selangor.

viii. Borang permohonan perlulah diisi dengan menyertakan butiran berikut:
a. Salinan Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan
 b. Salinan Kad Pengenalan Ibu/Bapa
 c. Surat Tawaran daripada IPT
 d. Pengesahan pendaftaran pelajar oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) / Pusat Pemajuan Pelajar (PPP) / Bendahari IPT
 e. Salinan Penyata Pendapatan / Slip Gaji / Perakuan Pendapatan(surat perakuan daripada ADUN / Penghulu / Pengerusi JKKK / Ketua Kampung bagi yang bekerja sendiri) Ibubapa / Penjaga pemohon
 f. Salinan muka depan Buku Akaun Bank pemohon.
 viii. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Tingkat 3, Bangunan SSAAS, 40000 Shah Alam, Selangor.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web program di SINI